NEW DELHI: Satu panel keselamatan kerajaan berkata, kira-kira 15,000
orang terbunuh setiap tahun ketika melintasi landasan kereta api di
seluruh India.
Sehubungan itu, panel berkenaan mencadangkan supaya lebih banyak jambatan dibina segera bagi mengatasi masalah itu.
Kebanyakan
kematian berlaku di lintasan yang tidak dikawal. Di Mumbai saja, 6,000
orang mati setiap tahun. Kira-kira 1,000 lagi mati kerana terjatuh dari
gerabak yang penuh sesak, akibat pelanggaran atau kerana kereta api
tergelincir.
Panel itu ditubuhkan oleh kerajaan September lalu berikutan beberapa
kemalangan kereta api di negara yang mempunyai rangkaian kereta api
keempat terbesar di dunia. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment