SYDNEY: Australia memulakan ulang tahun ke-70 insiden pengeboman Perang Dunia Kedua oleh Jepun di Darwin, semalam.
Serangan udara di bandar terpencil di utara Australia pada 19
Februari 1942 itu menyebabkan sekurang-kurangnya 243 orang terkorban dan
ratusan lagi cedera. Ketika membuka muzium sebagai memperingati
insiden itu, Menteri Hal Ehwal tentera veteran, Warren Snowdon berkata,
askar Jepun yang menyerang Darwin pada 1942 adalah kumpulan sama yang
mengebom Pearl Harbor di Hawaii.
“Serangan di utara negara ini amat signifikan kepada kami,” katanya.
“Dalam serangan pertama ke atas Darwin, jumlah pesawat dan bom yang
digugurkan lebih banyak berbanding dalam serangan pertama ke atas Pearl
Harbor,” katanya. Snowdon berkata, walaupun serangan ke atas Darwin
tidak dijadikan filem sebagaimana serangan terhadap Pearl Harbor,
tragedi yang menyaksikan kematian 89 anak kapal USS Peary itu
“mengikat kami sebagai saudara untuk selamanya”. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment