SELEPAS tayangan pertama filem In The Land Of Blood and Money kepada
5,000 orang rakyat Sarajevo, pelakon utamanya, Angelina Jolie menerima
banyak ugutan bunuh.
Menurut Aceshowbiz, Jolie, 36, menerima ugutan itu kerana filem
tersebut didakwa mengandungi unsur kontroversi yang mengundang kemarahan
rakyat bandar tersebut.
“Ada ugutan yang dilakukan secara langsung dan ada mesej yang
dihantar di Internet. Pelakon lain warga Serbia yang berlakon dalam
filem itu juga menerima ancaman sama.
“Mereka (pelakon Serbia) tidak pernah memberitahu saya mengenainya
tetapi ancaman itu tetap ada kerana ada antara mereka yang keretanya
dipecahkan dan telefon bimbit mereka digodam,” ujar Jolie.
Jelas Jolie, dia pernah menasihati pelakon tersebut untuk tidak hadir
dalam tayangan perdana pada minggu lalu tetapi tidak diendahkan.
Ketika tayangan di Serbia, Jolie tidak hadir berikutan masalah
kesihatan biarpun ramai yang beranggapan dia takut berdepan dengan
masyarakat di situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment