ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu - Penyanyi terkenal, Madonna
menghiburkan penonton pada konsert pertamanya di Stadium Yas Island di
sini kelmarin.
Seramai 25,000 yang menyaksikan persembahan penyanyi tersebut
menjerit dan bersorak semasa Madonna membuat persembahan lebih dua jam.
Bandar ini merupakan persinggahan keduanya selepas dia membuat persembahan di Israel.
Penyanyi itu turut menyatakan kepada para penonton bahawa cuaca di negara ini amat panas.
Beberapa peminat di rantau Asia Barat yang menyaksikan konsert
jelajah itu tidak tersinggung dengan Madonna yang membuat persembahan di
Tel Aviv, Israel pada minggu lalu.
"Kebudayaan untuk setiap orang, saya tidak kisah dia (Madonna) pergi
ke Tel Aviv," kata seorang penduduk dari Lebanon, Patricia Chebli.
Satu pasangan dari Jordan, Tala dan Omar Zaru meraikan ulang tahun
perkahwinan mereka yang ke-13 dengan menyaksikan konsert tersebut.
Omar turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada hari yang sama.
Konsert jelajah Madonna yang melibatkan 80 buah negara akan berakhir di Australia pada tahun 2013. - AFP
Tuesday, 5 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment