Di Hollywood, situasi di mana selebriti wanita bercinta golongan lebih
muda atau dikenali ‘anak ikan’ tidak asing lagi. Contohnya, Demi Moore
pernah berkahwin dengan aktor, Ashton Kutcher yang 15 tahun lebih muda
daripadanya.
Kini, aktres dan penyanyi seksi, Jennifer Lopez atau mesra disapa JLo
ini pula mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya itu dengan
menjalin hubungan bersama pemuda berusia 25 tahun, Casper Smart.
Selepas mengumumkan bakal berpisah dengan bekas suaminya, Marc Anthony
pada Julai tahun lalu, selebriti berketurunan Latin ini dikhabarkan
sudah menemui pengganti yang jauh lebih muda daripada usianya.
Malah, pemilik nama sebenar Jennifer Lynn Lopez ini dikatakan benar-benar sedang mabuk cinta dengan ‘anak ikan’nya itu.
Belum pun menjangkau setahun menjalinkan hubungan, JLo sudah menghebahkan kepada rakan-rakannya untuk mengahwini Casper.
Menurut sumber terdekatnya, selebriti berusia 43 tahun ini berhasrat mengikat hubungan mereka ke alam perkahwinan.
“Biarpun baru mengenali Casper, namun dia (JLo) sudah memberitahu rakan-rakan terdekatnya untuk mengahwini Casper.
“Kelihatannya seperti dia senang bersama lelaki itu. Dengan Casper,
Jennifer hanya perlu menjadi diri sendiri. Casper banyak beri
kelonggaran kepada Jennifer untuk melakukan apa yang dihajati dan setia
menyokong wanita itu,” katanya.
Terbaru, timbul desas-desus yang mengatakan kekasih barunya itu menjadi
punca selebriti kelahiran The Bronx, New York ini meninggalkan tugasnya
sebagai juri program realiti, American Idol.
Menurut sumber, tindakan JLo meninggalkan program realiti itu ialah bagi menggembirakan hati Casper.
“Demi memastikan Casper gembira, Jennifer membuat keputusan untuk
meninggalkan tugasnya sebagai juri dalam rancangan yang selama ini
paling memberi keuntungan buatnya (American Idol).
“Malah, hubungan Jennifer bersama Casper juga membuatkan ramai
rakanrakannya berkecil hati kerana dia sering melebih-lebihkan lelaki
itu,” katanya lagi.
Punca Fabian Herrera berhenti?
Dek kerana terlampau taksub dengan kekasih barunya, JLo juga khabarnya
tergamak mengetepikan rakan baiknya yang juga merupakan pengurus projek
jelajahnya, Fabian Herrera.
Menurut sumber, pelantun lagu On The Floor ini melantik Casper sebagai
koreografer barunya untuk program konsert jelajah bersama Enrique
Iglesias yang bermula 14 Julai ini di Montreal.
“Tindakan Jennifer memilih Casper sebagai koreografer ternyata
membuatkan rakan karibnya (Fabian) berkecil hati. Mustahil untuk Fabian
yang mempunyai lebih banyak pengalaman menerima arahan daripada budak
mentah.
“Fabian menganggap perbuatan Jennifer itu sebagai tindakan yang tidak
matang dan boleh memberi kesan kepada kariernya. Maka, Fabian lebih
senang untuk mengundur diri daripada terlibat dengan program jelajah
itu.
“Lebih menyakitkan hati, Casper seperti naik minyak apabila mendesak
kakitangan Jennifer untuk menggelarnya sebagai Mr Smart dan juga pernah
mengarah setiausaha Jen, Gilly untuk membuatkannya minuman,” ujar sumber
tersebut.
Sebelum ini, JLo dikatakan memberi elaun kepada kekasihnya itu sebanyak
RM31,484 (USD10,000) seminggu bagi membiayai perbelanjaan Casper.
Selebriti seksi ini juga sanggup menghantar Casper ke kelas lakonan
kerana ingin menjadikan buah hatinya sebagai bintang terkenal.
Ingin tambah anak?
JLo baru-baru ini dianugerahkan selebriti paling berpengaruh di dunia
oleh majalah Forbes dikatakan dalam perancangan mengambil anak angkat.
Bagaimanapun, aktres yang kini popular dengan filem What to Expect When You’re Expecting ini menafikan hal tersebut.
“Kenyataan saya untuk mengambil anak angkat telah disalah ertikan.
Memang saya ada menyatakan rasa senang melakonkan watak Holly, tapi
tidaklah sampai teringin untuk mengambil anak angkat,” katanya.
Dalam filem terbarunya, What To Expect When You’re Expecting yang kini
sedang ditayangkan, JLo memegang watak sebagai Holly, seorang ibu yang
mengambil anak angkat dari luar negara.
Dalam kehidupan sebenar, JLo kini mempunyai dua anak kembar, Maximilian
David Muniz dan Emme Maribel hasil perkongsian hidup dengan Marc
Anthony.
Penjelasan JLo ini sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai hasratnya yang ingin menambah cahaya mata bersama Casper.
Saturday, 2 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment