BEIJING: Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara
melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11
malam, lapor media semalam.
Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya
daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola
sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat
letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga
setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.
Selepas
perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang
ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi,
tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor
Sina.com.
Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka,
Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya
beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan
alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan
sistem imunisasi Jiang lemah. - TS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment