SINGAPURA - Seorang perogol bersiri yang menemui mangsa-mangsanya
dengan menggunakan aplikasi temu janji Facebook berdepan dengan hukuman
penjara selama 45 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Perogol itu, Azuar Ahamad, 41, mengaku bersalah kelmarin kerana
merogol tiga wanita dan melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi
mangsa.
Pihak pendakwa raya meminta bekas eksekutif di sebuah syarikat logistik itu dihukum penjara selama 45 tahun.
Dia juga boleh disebat atau didenda bagi setiap kesalahan tersebut.
Azuar dihadapkan ke mahkamah selepas polis mendapati dia merakamkan perbuatannya dengan menggunakan telefon bimbit. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment