nuffnang

Translate


get this

Thursday, 26 January 2012


AMIR JAHARI kini mula memanjat tangga populariti selepas melalui kepayahan untuk bergelar seorang penyanyi.


DEMI mencapai impian untuk bergelar penyanyi dan membuka syarikat rakaman sendiri, Amir Jahari atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari sanggup melalui kepayahan untuk berada di tahap yang dicapainya kini.
Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9) ini, mengakui sering berasa kecewa kerana semasa menyertai AF9, persembahannya kerap mendapat kritikan negatif.
"Walaupun kecewa, saya tetap tabahkan diri untuk teruskan perjuangan saya di dalam industri muzik. Ini kerana, saya telah memasang satu impian iaitu saya ingin membuka syarikat rakaman di negeri kelahiran saya iaitu di Sarawak dan mahu cuba bantu 'orang kampung' saya di dalam bidang ini.
"Memang kritikan negatif mengganggu saya namun saya cuba teruskan juga kerana yang penting ialah mencapai impian saya," jelasnya yang kini diurus oleh J Play dan menjadi artis di bawah naungan syarikat rakaman Kasi Gegar Entertainment (KGE).
Pengalaman hidup boleh mematangkan seseorang tidak kira peringkat umur. Walaupun baru berusia 19 tahun, kepayahan yang dilalui Amir telah memberi empunya diri lebih semangat untuk meneruskan apa yang diimpinya selama ini.
Tanpa berselindung, Amir jujur mengakui dirinya memang pernah bermalam di surau dan wakaf berdekatan Bukit Damansara, Petaling Jaya selama setahun kerana mempunyai masalah kewangan ketika masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) tahun lepas.
Cerita anak keempat dari enam beradik ini, untuk menambah wang saku, dia akan melakukan aktiviti busking di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur termasuk di Pasar Seni.
"Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya. Jadi, saya akan memulakan aktiviti busking dari pukul 5 petang hingga 5 pagi dan saya akan sampai di rumah pukul 6 pagi. Saya akan tidur selama tiga jam sahaja sebelum bangun untuk ke kelas.
"Keluarga tidak banyak tahu tentang perkara ini dan pernah sekali tunang menyuruh saya berhenti kerana melihat kepayahan yang saya lalui ini. Namun, melihatkan kesungguhan saya mencapai impian saya itu, dia kembali menyokong dan percaya pada kebolehan diri ini," ujar Amir yang telah dua tahun mengikat tali pertunangan.
Amir Jahari kini muncul dengan single yang semakin menjadi siulan peminat berjudul Tanpamu dan tidak lama lagi single kedua akan dilancarkan akhir Januari ini yang diberi judul Gelisah. Kedua-duanya mendapat sentuhan daripadanya sendiri.
Selain itu, di dalam majlis yang sama yang bertempat di The Red Box, The Garden, Kuala Lumpur, Aizat Amdan juga telah menerbitkan sebuah album karaoke dari album keduanya Urusan Aizat Amdan di bawah labelnya sendiri iaitu KGE.
"Album karaoke ini mempunyai 10 buah lagu iaitu tujuh lagu dari album kedua, Urusan Aizat Amdan dan tiga lagi lagu dari album pertama iaitu Lagu Kita, Kau Aku dan Hanya Kau Yang Mampu. Saya membuat album karaoke ini kerana mendapat permintaan daripada orang ramai dan peminat," tutur Aizat.
Buat masa ini, album tersebut hanya boleh dibeli secara atas talian di www.aizatamdan.com dengan harga RM15 atau di lokasi Aizat membuat persembahan.
Sementara itu mengulas tentang kesudiannya menerima Amir sebagai artis yang bernaung di bawah syarikatnya, Aizat memberitahu, Amir mengingatkan dia tentang perjalanan awalnya sebagai penyanyi dahulu.
“Secara jujur, saya tak pernah ada perancangan untuk mengambil artis untuk duduk di bawah syarikat saya.
“Tapi selepas saya mengenali Amir, selain dia mengingatkan saya tentang pembabitan awal saya sebagai penyanyi dulu, saya juga nampak dia mempunyai misi untuk berjaya,” katanya yang juga bangga dengan bakat yang dimiliki Amir serta tidak harus dipandang remeh

No comments:

Post a Comment