Friday, 27 January 2012
Nasib Petrov dalam F1 diketahui minggu depan
LONDON - Vitaly Petrov yakin masa depannya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) akan diketahui pada minggu depan. Pada masa yang sama, pemandu Rusia itu berharap dia akan menyertai perlumbaan pembukaan musim di Grand Prix (GP) Australia pada 18 Mac nanti.
Bekas pemandu Renault yang diketepikan pada hujung tahun lalu itu telah dikaitkan dengan pasukan Caterham.
Bagaimanapun, dia berkemungkinan akan menjadi pemandu uji bagi pengeluar tayar Pirelli sekiranya tidak disambar mana-mana pasukan F1.
Petrov berkata, dia tidak mempunyai banyak pilihan bagi saingan tahun ini tetapi menjelaskan, isu masa depannya itu akan diselesaikan secepat mungkin.
"Kalau saya memberitahu sesuatu, ia akan menjadi banyak cerita lain pula," kata Petrov yang turut menegaskan, ketika ini pengurusnya sedang berbincang dengan pasukan F1 lain di Eropah.
"Tolong tunggu sedikit masa lagi, beri saya masa seminggu. Saya mahu memberitahu anda sesuatu tetapi buat masa ini saya kena diamkan saja."
Petrov mengakui amat penting untuk dia terus berada da- lam saingan F1 kerana tempoh berehat selama setahun mungkin akan menyukarkannya mencari pasukan yang berminat.
"Saya mahu terus beraksi dalam F1 kerana kalau saya be- rehat setahun, agak sukar untuk kembali membuat penampilan pada 2013.
"Jadi, amat penting bagi saya untuk terus berada dalam perlumbaan ini," jelasnya lagi.
Ditanya mengenai Pirelli yang berminat ke atas khidmatnya, Petrov berkata:
"Hari ini (kelmarin) mereka meminta saya menjadi sebaha- gian daripada pasukan mereka, jadi saya menguji tayar mereka dan bekerja dengan mereka." - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment