JAKARTA: Sekurang-kurangnya 10 orang terhumban ke dalam Sungai Cihideung di Ciampea, Bogor, Jawa Barat, semalam.
Kejadian berlaku selepas jambatan bambu yang mereka gunakan untuk
menyeberang sungai berkenaan runtuh. Menurut laporan, semua mangsa
dihanyutkan arus deras dan setakat ini, hanya satu mayat ditemui.
Penyelaras
pasukan mencari dan menyelamat, Budi Darmanwansyah berkata, mangsa
dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di
kampus Institut Pertanian Bogor.
“Jambatan itu runtuh ketika penduduk menyeberangnya,” kata Budi. - JP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment