PETALING JAYA: Dua pekerja sebuah hotel bajet di Bandar Sunway, di
sini, terkedu apabila premis berkenaan dimasuki dua penyamun berparang
yang disangka pelanggan dalam kejadian pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, hotel berkenaan kerugian RM5,000
wang hasil bayaran sewa bilik dan deposit pelanggan, manakala kedua-dua
mangsa berusia 23 tahun kerugian barangan peribadi dilarikan penyamun
terbabit.
“Seorang suspek yang memakai topi keledar mengacukan parang ke arah pekerja lelaki itu dan merentap rantai lehernya.
“Manakala, seorang lagi suspek yang memakai topi besbol melompat ke
dalam kaunter dan menggeledah laci meja bagi mencari wang,” katanya,
semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten
Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan kes
disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun
berkumpulan dan bersenjata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment