nuffnang

Translate


get this

Saturday, 3 March 2012

Damai disapa salju Ruapehu

MELANCONG ke luar negara bukan saja dapat menerokai keindahan alam dalam hawa yang berbeza, sebaliknya juga mampu merehatkan minda selepas penat bekerja.
Bagi pengacara dan pelakon yang dikenali menerusi filem Gubra karya Allahyarham Yasmin Ahmad, Juliana Ibrahim, 31, melancong satu peluang keemasan buatnya untuk bercuti dan meluangkan masa berharga bersama suaminya, pengurus audit teknologi maklumat keturunan Belanda, Pelle Aardewerk, 37, serta dua puteri kesayangan mereka, Luna Alyssa, 3, dan Alaia Zahira, 2.

Makan angin memang selalu menjadi pilihan artis yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Aquila Emas Sdn Bhd dan pengacara program realiti TV, So You Think You Can Dance (8TV) setiap kali selesai menjayakan penggambaran yang membabitkan tempoh yang panjang selama berbulan-bulan.

Pada pertengahan Oktober hingga awal November lalu, Juliana sekeluarga berpeluang melancong ke dua negara yang menjadi destinasi percutian kegemarannya iaitu New Zealand dan Kepulauan Polynesia (Perancis).


“Saya dan suami memang suka melancong dan setiap kali ada peluang, kami akan pergi bercuti terutamanya pada musim cuti sekolah atau cuti umum. Kali ini, sepakat untuk melancong ke New Zealand kerana secara kebetulan AirAsia menawarkan tiket promosi ke sana, tahun lalu. Justeru, kami pun buat tempahan tiket setahun sebelum tarikh percutian yang dirancang itu.

“Kepulauan Polynesia pula dipilih kerana saya sudah lama teringin untuk bercuti ke sana. Suami juga mencadangkan alang-alang kami ke New Zealand, bolehlah juga kami ke Kepulauan Polynesia sekali,” katanya.

Terlalu banyak pengalaman menarik yang dikongsi Juliana sekeluarga sepanjang melancong ke dua negara berkenaan. Di New Zealand, mereka singgah dari Christchurch ke Auckland.

“Suami saya juga memandu kereta untuk kemudahan pengangkutan kami di sana yang membabitkan tempoh selama 12 hari dan kami tinggal di lokasi berbeza. Setiap kawasan yang dilawati, pemandangannya sungguh indah sekali.

“Saya masih ingat lagi ketika itu musim bunga apabila kami sampai ke Mount Ruapehu. Secara kebetulan, ia hari terakhir salji turun dan saya dan anak-anak berpeluang merasa salji di situ.

“Pada satu malam, kami menginap di gigi Sungai Wanganui dan perlu menaiki kereta kabel untuk melintas sungai sebelum sampai ke tempat penginapan.

“Apa yang menarik, semua tumbuhan di situ bersifat organik. Ada pokok lemon, epal, walnut dan bermacam lagi. Malah rumah yang kami tinggal di situ pun daripada bahan organik,” katanya.

Kata Juliana lagi, tarikan tradisi ke New Zealand juga adalah kambing biri-biri.

“Kami sempat menginap di ‘farm stay’ dan di situ ada banyak haiwan seperti kambing biri-biri dan ‘alpacas’. Tempat yang kami lawati ialah Christchurch, Rangiora Kaikoura, Waipara Hills, Wellington, Wanganui River dan Lake Taupo di Auckland,” katanya lagi.

Berkongsi pengalaman di Kepulauan Polynesia, kata Juliana, ia terkenal sebagai tempat terbaik untuk berbulan madu. Justeru, memang tidak ramai kanak-kanak di pantai itu.

“Sebab itu, dua anak kami selalu dapat perhatian ramai. Merekalah yang paling seronok bermain air dan mandi manda,” katanya.

Apa yang nyata, jika pasangan lain tidak suka bawa anak-anak sekali pergi bercuti, Juliana dan suami pula merasa�kan sebaliknya. Dia selesa membawa anak-anaknya sekali apabila bersantai.

“Ramai orang selalu fikir susah bawa anak-anak kecil bersama-sama ketika bercuti. Memang ia remeh tapi pe�ngalaman yang dilalui bersama mereka adalah sangat indah.

“Akhirnya, pada penghujung hari, melihat anak-anak tidur, barulah kita rasa puas dapat meluangkan masa seharian bersama mereka,” katanya.

Di samping itu, mereka tidak ketinggalan, menikmati �keindahan Pulau Moorea dan Tahiti yang berada dalam jajahan Polynesia.

Sementara itu, Juliana �merancang untuk melawat Jepun pula selepas ini.

“Kami memang suka dengan juadah Jepun dan kami teringin bawa anak-anak ke Tokyo �Disneyland pula.

“Kalau bercakap mengenai destinasi percutian dalam negara, ia juga tidak kurang menariknya. Kami suka Pulau Redang, Perhentian dan �Pangkor Laut,” katanya.

No comments:

Post a Comment