KUCHING: Seorang wanita yang sarat hamil anak sulung mendakwa
terpaksa bersembunyi dalam longkang berhampiran tempat tinggalnya di
asrama pekerja tapak pembinaan selama sejam bagi mengelak menjadi mangsa
amukan suaminya dipercayai kaki botol di tapak pembinaan di Muara
Tabuan di sini, kelmarin.
Suri rumah berusia 30 tahun itu mendakwa terpaksa berbuat demikian
selepas suami dikahwini setahun lalu tiba-tiba naik angin dan
memukulnya menggunakan botol air hanya kerana gagal menyiapkan hidangan
makan malam.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa mendakwa ditumbuk suaminya
beberapa kali, selain perutnya turut dipukul hingga dia terjatuh.
Menurut mangsa, sebelum kejadian, suaminya yang berusia 39 tahun,
buruh di sebuah tapak pembinaan di Muara Tabuan dikatakan pulang dalam
keadaan mabuk sebelum mengamuk apabila mendapati hidangan makan malam
belum disediakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment