KUALA LUMPUR - Selepas 28 tahun melayari bahtera perkahwinan, bekas
Jaguh Badminton Kebangsaan, Jailani Sidek dan Pengarah Filem, Raja Azmi
Raja Sulaiman bercerai talak satu, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur, di sini hari ini.
Jailani atau nama sebenarnya Mohamed Jailani Mohamad Sidek, 49,
melafazkan talak kepada Raja Azmi, 53, kira-kira jam 3.33 petang di
hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Tarikh penceraian mereka simbolik dengan tarikh kelahiran Raja Azmi, 27 Jun.
Peguam Syarie, Roslizan Rahim memberitahu mahkamah, pihaknya telah
menghantar saman dan surat akuan bersumpah kepada defenden sekitar jam 2
petang bagi menuntut penceraian tersebut di mahkamah.
Raja Azmi yang dinamakan sebagai palintif, dan Jailani sebagai defenden
masing-masing diminta untuk bersalaman dan memohon maaf oleh hakim
syarie sebelum talak dilafazkan.
Roslizan semasa membacakan akuan bersumpah berkata, pasangan itu
mengakui sudah tidak mempunyai perasaan kasih sayang antara satu sama
lain dan telah berbincang serta mengambil masa yang panjang sebelum
meneruskan keputusan untuk bercerai.
Menurut hakim, lafaz talak yang dibuat Jailani sah dengan talak rajie
mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor
2003.
"Setelah mendengar keterangan bersumpah yang dibacakan peguam plaintif,
atas alasan tidak wujud kasih sayang dan sudah berlaku konflik yang
berpanjangan antara kedua pihak, walaupun telah sedaya upaya mempertahan
perkahwinan," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan plaintif untuk beredah selama tiga bulan dan sijil perakuan nikah mereka dibatalkan.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Raja Azmi berkata,
mereka berdua memilih jalan untuk berpisah secara aman dan membuat
keputusan itu selepas mendapati masalah rumah tangga mereka tidak
menemui jalan penyelesaian.
"Selama ini, terlalu banyak kontroversi melanda diri saya, termasuk
kontrovesi yang mengaibkan saya dan Roslin Hashim walaupun perkara itu
tidak benar.
"Saya sudah tidak sanggup apabila Jailani dituduh suami yang dayus sedangkan dia seorang suami yang baik," katanya.
Jailani pula berkata, dia menerima seadanya ketentuan tersebut dan percaya ada hikmah di sebalik penceraian itu.
Pasangan itu bernikah secara sah pada 22 Disember 1984, di Kemunting,
Perak dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak
berusia antara 18 hingga 27 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment