PETALING JAYA – Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, mengakui
selesa berkawan dengan aktor terkenal, Hans Isaac, 41, yang
disifatkannya antara rakan rapat yang sentiasa dihubungi jika ada
kelapangan.
Pengacara rancangan Nona terbitan TV3 itu menjelaskan, Hans merupakan
kawan lelakinya yang akan dihubungi apabila tidak terlibat dengan
sebarang penggambaran.
Justeru Neelofa tidak menafikan memang ada keluar bersiar-siar dengan aktor itu jika ada masa terluang.
“Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan apa-apa tetapi Hans adalah
kenalan rapat saya antara beberapa kawan yang saya ada,” jelasnya
ketika ditemui pada sidang akhbar Anugerah Skrin 2011 di Mutiara
Damansara di sini semalam.
Friday, 19 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment