Biarpun hanya diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, namun, Christoph Waltz dan Anne
Hathaway berjaya membuktikan kehebatan mereka.
Ini kerana, kedua-duanya diiktiraf buat kali kedua untuk filem lakonan
yang sama iaitu Walts menerusi filem Django Unchained, manakala Hathaway
menerusi filem Les Miserables.
Sebelum ini, mereka memenangi trofi sama bagi Anugerah Grammy, yang berlangsung akhir tahun lalu.
Menjadi penerima anugerah pertama pada malam itu, Waltz tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.
"Sama seperti ucapan saya sebelum ini, saya mengucapkan terima kasih
kepada karakter, Dr King Schultz dan juga kepada ‘pencipta’ watak
tersebut, Quentin Tarantino," ujar Waltz.
Bagi Hathaway pula, impiannya untuk menerima anugerah Oscar akhirnya
menjadi kenyataan dan dia tidak menyangka peranannya sebagai Fantine
dalam filem tersebut, memberi kemenangan berganda buatnya.
"Ia merupakan anugerah Oscar pertama buat saya," katanya.
Selain itu, pelakon Daniel Day-Lewis mencipta sejarah Oscar apabila
memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk kali ketiga iaitu bagi
filem Lincoln, arahan Steven Spielberg.
Sebelum ini, Day-Lewis, 55, memenangi anugerah sama bagi filem My Left
Foot pada 1989 dan There Will Be Blood pada 2007. Manakala, penyanyi
British, Adele menang Lagu Asal Terbaik untuk lagu tema filem Bond,
Skyfall.
Majlis paling lama?
Anugerah Oscar sememangnya menjadi salah satu acara yang amat dinantikan buat semua pengkarya filem Hollywood.
Namun, bagi penganjuran Oscar 2013 yang berlangsung Ahad lalu, sebuah
laman web filem, Dateline, mengiktiraf Oscar tahun ini adalah paling
lama bersiaran dalam sejarah.
Ini kerana, majlis anugerah berprestij ini telah berlangsung selama hampir empat jam.
Biarpun mengikut perancangan asal, majlis ini akan berlangsung selama
tiga jam 40 minit, namun sehingga durasi berganjak kepada tiga jam 23
minit, pemenang untuk Filem Terbaik masih belum diumumkan.
Selain itu, Oscar 2013 juga dikatakan menjadi majlis anugerah dipenuhi
muzik paling banyak dalam sejarah. Bagi majlis pembukaannya sahaja sudah
dipenuhi dengan persembahan nyanyian dan tarian yang berlangsung selama
15 minit.
Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment