ARDON, Ohio - Seorang remaja, T.J. Lane, 18, (gambar) yang didapati
bersalah membunuh tiga orang pelajar di kantin sekolah di Chardon, Ohio,
Amerika Syarikat (AS) semalam dijatuhi sebanyak tiga hukuman penjara
seumur hidup tanpa dibenarkan parol.
Dia mengaku bersalah pada bulan lepas dalam kejadian tembakan yang berlaku pada Februari tahun lalu.
Beberapa penyiasat berkata, Lane menyatakan tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian.
Sebelum kes itu dibicara di mahkamah awam, seorang hakim mahkamah
juvana memutuskan Lane waras dan boleh dibicarakan biarpun ada bukti
mendakwa dia mengalami halusinasi, psikosis dan fantasi. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment