ATLANTA - Seorang kanak-kanak perempuan Mississippi berusia dua tahun
diisytiharkan sebagai kanak-kanak pertama yang pulih daripada HIV.
Perkembangan ini diumumkan oleh penyelidik pada satu persidangan di sini kelmarin.
Sehubungan itu penyelidik percaya cabaran awal bagi kes ini adalah
dalam 30 jam pertama kelahiran dengan tiga jenis antivirus utama sebagai
kunci kepada hasil tersebut.
Langkah yang berkesan apabila kehadiran virus itu sangat kecil dan rawatan sepanjang hayat tidak diperlukan.
Hasil penemuan menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dilahirkan oleh seorang ibu yang disahkan HIV positif.
“Kami tidak berpeluang merawat ibunya ketika sedang hamil, kami boleh
menghalang jangkitan virus itu kepada bayi,” kata Dr Hannah Gay.
Gay, pakar pediatrik HIV di University of Mississippi Medical Center
memberitahu CNN pengaturan masa sebelum bayi itu didiagnoskan HIV
positif, mungkin perlu lebih penekanan berbanding dadah tertentu atau
jumlah dadah yang digunakan.
“Kami berharap ada kajian dijalankan pada masa akan datang, yang
menunjukkan permulaan yang lebih awal dalam terapi yang lebih efektif
akan menunjukkan hasil yang sama secara konsisten,” katanya.
Ahli imunologi dari universiti sama, Dr. Katherine Luzuriaga
menyifatkan perkembangan itu sesuatu yang menarik termasuk kenyataan
bahawa tiada virus ditemui pada darah kanak-kanak itu meskipun selepas
ibunya berhenti memberi rawatan antara lapan hingga 10 bulan.
“Ini merupakan kes pertama, di mana kami boleh mendokumenkan bahawa
bayi yang dijangkiti kemudian setelah tempoh rawatan telah dapat
meninggalkan rawatan tanpa ada kesan virus kembali," kata Luzuriaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment