LOS ANGELES - Bintang filem Twilight, Kristen Stewart bernasib
baik kerana memiliki rakan-rakan perempuan yang mengambil berat tentang
dirinya susulan perpisahan aktres berkenaan dengan kekasihnya, Robert
Pattinson.
Aktres berusia 23 tahun itu makan malam bersama dengan ditemani
beberapa rakan perempuan di sebuah restoran sushi di sini pada Khamis
lalu.
Dia kemudian dilihat makan tengah hari bersama seorang wanita berambut perang pada keesokan harinya.
Satu sumber menyatakan, Stewart cuba meluangkan seberapa banyak masa dengan rakan-rakan wanitanya sejak minggu lalu.
"Stewart ingin bersama rakan-rakan karibnya ekoran dia masih bersedih selepas perpisahan tersebut," kata sumber berkenaan.
Pasangan pelakon itu berpisah tiga minggu lalu selepas Pattinson
menamatkan hubungan mereka untuk kali kedua dalam tempoh kurang setahun.
Mereka berpisah untuk seketika pada musim panas tahun lalu apabila Stewart dirakam memeluk pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert Sanders. - Agensi
Monday, 10 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment