JOHANNESBURG - Keadaan Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela
terus merosot dan kini hanya terpaksa bergantung kepada mesin bantuan
pernafasan kerana tidak dapat bernafas secara sendiri di Hospital
Pretoria.
Jurucakap presiden Afsel, Mac Maharaj berkata, sejak 48 jam lalu keadaan Mandela semakin kritikal.
“Kumpulan perubatan tidak lagi mampu melakukan rawatan. Usaha terakhir
mereka hanya memberikan alat sokongan bantuan pernafasan,” katanya
dipetik Reuters
Seorang ketua keluarga Mandela yang sering mengetuai mesyuarat
keluarga, Napilisi Mandela berkata, mereka diberi pilihan untuk
meneruskan penggunaan alat itu atau menghentikannya.
“Beliau kini menggunakan mesin untuk bernafas. Keadaannya semakin teruk, tetapi apa yang kami boleh buat,” katanya.
Anak perempuannya Zindzi Mandela pula berkata, kelmarin, bapanya masih
mampu tersenyum selepas diberitahu Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama akan melawat Afrika Selatan.
“Dia membuka mata dan memberikan senyuman,” katanya.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli Australia, Gary Gray memohon maaf
kepada Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan selepas tindaknya mengumumkan
bahawa Mandela meninggal dunia.
“Saya memohon maaf atas ketelanjuran kata-kata itu ketika menghadiri
satu majlis makan malam di Parlimen. Saya berharap, Mandela mampu
bertahan kerana beliau seorang pemimpin disayangi dunia,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment