NUSA DUA, Bali - Peserta Filipina, Megan Young dinobat sebagai Miss
World dalam pertandingan ratu cantik berkenan yang berlangsung di sini
semalam.
Young mengenepikan lima finalis lain termasuk peserta Perancis dan Brazil.
Acara berprestij itu disiarkan secara langsung di lebih 180 negara.
Kemenangannya diumumkan ketika kawalan keselamatan dipertingkatkan
ekoran siri bantahan oleh kumpulan radikal Islam di Indonesia sejak
beberapa minggu lalu.
Terdahulu, beratus-ratus orang Islam mengadakan solat hajat semalam sebagai memprotes pertandingan ratu cantik antarabangsa itu
Solat hajat itu disertai oleh beratus-ratus anggota Barisan Pembela
Islam (FPI) yang berhimpun di sebuah masjid di Sentul, pinggir bandar
raya Jakarta.
"Indonesia jelas tentang pendiriannya berhubung pertandingan Miss
World, kami menolaknya di negara ini atau di mana sahaja," kata seorang
anggota FPI, Ustad Maman.
Pertandingan akhir Miss World kali ini menampilkan 129 peserta dari seluruh dunia.
Sejak beberapa minggu lalu ribuan penduduk Islam mengadakan protes
jalanan di seluruh Indonesia untuk mengecam acara itu yang dilabel
sebagai 'pertandingan jalang' dan 'pornografi'.
Terdahulu, beberapa kedutaan asing di Indonesia memberi amaran acara
berkenaan berisiko menjadi sasaran serangan pengganas. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment