nuffnang

Translate


get this

Saturday 4 February 2012

Anuar Zain dapat RM18,859


ANUAR ZAIN (kiri) bersama Aizul Rohan ketika hadir mendengar hujahan kes tuntutan royalti di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi, Anuar Zain.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

Semalam ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya. Kedua-dua album itu menggunakan namanya sebagai judul.

Peguam yang mewakili Anuar, Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah, namun, penyanyi itu dan wakil daripada Syncrosound tidak hadir.
Dalam penghakimannya, Nurul Nadzia berkata, jumlah royalti sebanyak RM18,859.38 itu dikira daripada jumlah album yang dijual dari unit 15,000 sehingga unit terakhir yang dijual dan bukannya dikira dari unit pertama penjualan album itu.

"Mahkamah mengguna pakai perkiraan royalti yang dibayar kepada plaintif (Anuar) dalam mengira royalti yang perlu dibayar dan setelah meneliti perkiraan itu, mahkamah mendapati bahawa royalti sebanyak 10 peratus hanya akan dibayar bagi unit yang terjual dari 15,000 ke 29,999," katanya.
Selain itu, mahkamah juga mendapati dalam perkiraan royalti itu, tiada apa-apa rujukan dibuat terhadap penolakan kos produksi dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu.
Nurul Nadzia berkata, dalam memutuskan jumlah royalti itu, mahkamah tidak mengambil kira hujahan defendan bahawa kos produksi dan perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada royalti yang telah dibayar kepada Anuar kerana tiada keterangan yang diberikan oleh defendan bagi menyokong kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment