nuffnang

Translate


get this

Tuesday 7 February 2012

Giuliana Rancic Bebas barah payudara



PENGACARA saluran E! dan pembantu pengacara rancangan Fashion Police, Giuliana Rancic, 37, kini tampil yakin dalam khalayak ramai apabila dia dilihat bergaya sakan pada karpet merah di Screen Actors Guild Awards 2012 selepas menjalani pembedahan membuang sel kanser payudara pada Disember tahun lalu.

Berdepan dengan penyakit yang memerlukan rawatan rapi itu, Giuliana sentiasa berfikiran positif lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan padu daripada suaminya, Bill Rancic, 40, dan peminat tersayang yang tidak putus-putus memberi kata semangat.
Mengimbas detik awal, penyakit itu dikesan pada Oktober lalu semasa dia dan suami mendapatkan khidmat doktor mengenai kehamilan melalui IVF apabila dia dikatakan sukar untuk mengandung.

Selepas mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka sendiri dengan lantangnya membuat pengumuman secara terbuka di NBC Today Show.
 
Bintang rancangan realiti Giuliana & Bill di saluran E! itu berkata, dia bertuah kerana dapat mengesan barah berkenaan yang masih pada peringkat awal kerana jika terlambat ia mungkin membahayakan dirinya.

Dipetik daripada laporan saluran E!, Giuliana memberitahu dia begitu terkejut dengan berita berkenaan kerana tiada dalam sejarah ahli keluarganya mempunyai penyakit barah.

Menjalani pembedahan selama dua jam, isteri kepada pemenang rancangan The Apprentice itu akan menjalani beberapa rawatan susulan lagi bagi memastikan sel itu benar-benar sudah terhapus.

Mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta, dia tidak berputus asa meneruskan usaha mendapatkan anak sendiri selepas rawatan kanser berkenaan tamat.

Menggambarkan sifatnya sebagai seorang yang cekal katanya, tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan atas dasar itulah dia berani tampil dalam khalayak ramai bagi menceritakan pengalaman yang menimpanya.

Pengacara ini turut memberitahu rakan baiknya, Ryan Seacrest yang dia berasa lega selepas mengumumkan berita berkenaan kepada orang ramai supaya mereka tidak berteka-teki lagi mengenai status kesihatannya.

Tampil anggun di muka hadapan majalah Michigan Avenue dengan menggayakan gaun putih Grecian keluaran Januari/ Februari 2012, Giuliana turut menceritakan mengenai proses pemulihan yang dihadapinya.

Dia berharap kejadian yang menimpa dirinya dapat membuka mata wanita di luar sana mengenai kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum terlambat.

Malah, dia menubuhkan badan amal yang dikenali sebagai Fab-U-Wish bagi membantu wanita yang mengalami situasi serupa dengannya.
 

No comments:

Post a Comment