nuffnang

Translate


get this

Sunday 4 March 2012

Taruhan Aryan Band



ARYAN BAND digawangi oleh (dari kiri) Nash, Reno, Joey, Mie, Aryan (depan) dan Farid (kanan). 

 ATAS dasar kesepakatan dan keazaman yang sama, enam anak muda berlandaskan predikat pemuzik bersatu pada pertengahan 2010. Awalnya 30 buah nama dicadangkan untuk memperjuangkan muzik mereka, hanya pada akhirnya nama Aryan Band dipilih oleh Datuk M. Nasir selaku pembimbing untuk perjalanan mereka. Maksud Aryan dalam bahasa Sanskrit itu sendiri besar, mulia dan kelahiran yang tinggi. Begitu juga harapan yang dibawa grup ini dalam nama yang dipilih.

Kumpulan tersebut dianggotai Farid (vokal), Joey (bass), Aryan Sani (gitar), Reno Fendy (keyboard), Nash (gitar) dan Mie Apache (dram) yang memperjuangkan muzik pop rugged, sebuah genre baharu yang lari tidak jauh daripada pop rock dan alternatif.
"Selain pernah muncul dalam Anugerah Planet Muzik sebagai perkenalan, kami juga terlibat dalam projek album runut bunyi filem Azura. Tetapi melalui lagu Azura, kami tampilkan Ihsan sebagai penyanyi undangan. Berpeluang terlibat dalam album tersebut meletakkan kaki kami dalam industri muzik," ujar Nash mewakili Aryan Band.

Bergerak terus selepas perkenalan pertama, grup yang bernaung bawah label Luncai Emas ini keluar dengan single perdana mereka yang bertajuk Kasih Katakan Sesuatu. Terus melangkah, mereka juga sedang berada dalam proses merakamkan album yang dijangka keluar hujung tahun ini. Menerbitkan album ini sendiri dan dibantu oleh M. Nasir, Aryan Band meletakkan target agar kewujudan mereka akan memberi impak dalam industri.

"Kami rasa bertuah menjadi grup yang kedua di bawah payung Luncai Emas selepas Spider. M. Nasir juga banyak membantu," kata Reno.
"Kalau boleh mahu pukul cukup-cukup. Lagi pun kami mengetengahkan genre baharu yang membawa kelainan. Kami cuba mengelak untuk berada dalam genre yang sama dalam industri. Dengan pertolongan Luncai Emas, kami harap Aryan Band dapat dikenali umum," ujar Aryan si pemain gitar yang merupakan punca penubuhan grup ini.

"Kami memerhati dan melihat turun baik penerimaan para pendengar dalam industri muzik. Sepanjang pemerhatian, kami lihat penyanyi-penyanyi solo mendapat peluang besar dalam industri tetapi grup rock tidak akan pernah mati. Semoga kehadiran kami akan meneruskan lagi perjuangan anak-anak band. Kami sebenarnya serpihan pelbagai grup yang disatukan bawah Luncai Emas," ujar Farid, vokalis yang tampil dengan imej mata bercelak.

Masuk dalam proses kreatif grup ini, mereka menyatakan sesebuah lagu akan bermula dengan idea arah muzik yang dibentuk oleh Aryan dan Reno. Kemudian lagu tersebut akan dicantumkan dengan kreativiti dan kemasan ahli grup lain yang membentuk terus kerja bersama.
"Lirik pula kami tumpukan kepada kehidupan, ketuhanan dan ada juga lirik cinta. Ada sebuah lagu dengan tajuk Roket yang akan kami persembahkan," ujar Farid yang meminta agar para peminat melayari Aryan Band di laman sosial Twitter mahu pun Facebook.

Tampil dalam program Kita Gerek di Singapura, gabungan pemuda-pemuda Temasek dan Kuala Lumpur ini sudah bersetuju untuk menempuh nasib bersama di Kuala Lumpur untuk perjuangan muzik mereka.

No comments:

Post a Comment