Wednesday 23 May 2012
‘Saya tak akan buka pekung’ Adi Putra
KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Adi Putra yang menarik balik permohonan cerai kelmarin, tidak sesekali akan membuka pekung atau sebab utama dia mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan itu dengan isterinya, Zuhaida Yusof, 37 (Aida) pada 11 Mei lalu, demi menjaga aib kedua-dua pihak.
Malah Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 31, meminta supaya masyarakat atau pihak media menghormati keputusannya untuk tidak memberitahu punca sebenar tindakan awalnya bertemu Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah, Nur Ifzan Ibrahim itu.
“Biarlah ia menjadi rahsia kami berdua dan apa boleh saya katakan, permohonan cerai dilakukan pada 11 Mei 2012 adalah kerana tiada persefahaman.
Bagaimanapun kalau ditanya lagi, saya tidak boleh memberitahu kenapa kerana ia membabitkan aib kami sekeluarga. Harap semua pihak memahami dan menghormati permintaan saya ini,” kata Adi.
Adi Putra berkata demikian dalam sidang media khas malam tadi di sebuah hotel di sini yang diadakan untuk menjelaskan kedudukan sebenar penarikan balik permohonan cerai dibuat mengikut Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 (Subseksyen 95 (1)) itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment