nuffnang

Translate


get this

Thursday 19 July 2012

Bieber berazam kekal sikap rendah diri


BIEBER membuat persembahan di Sydney semalam.


SYDNEY – Penyanyi terkenal, Justin Bieber kelmarin menyatakan dia berazam untuk mengekalkan sikap rendah dirinya.
Bieber yang dilahirkan di Kanada berada di Australia untuk tujuan mempromosikan albumnya, Believe.
“Saya hanya mahu untuk mengekalkan sikap rendah diri dan mendekatkan diri dengan keluarga,” katanya pada satu temu ramah dengan rangkaian televisyen digital Seven Network.
“Saya sentiasa memastikan untuk mengekalkan hubungan dengan keluarga dan menjadikannya keutamaan (dalam hidupnya).

“Kali terakhir saya berada di sini adalah bersama dengan datuk dan nenek saya,” katanya seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam.
Menurutnya, dia kerap mendapat nasihat daripada keluarganya.
“Kamu (Bieber) perlu menarik seluar ke atas, itulah yang datuk dan nenek saya perkatakan pada setiap masa,” katanya.

Menurutnya, ibu, nenek dan datuknya menjadi punca dia berasa rendah diri.
Penyanyi itu turut menyanyikan beberapa buah lagu di sini semalam dalam satu majlis mempromosikan albumnya.

Sejumlah peminat wanita menyorak dan merakamkan gambar penyanyi itu.
Bieber tiba di sini pada Isnin lalu bersama kekasihnya, Selena Gomez.
Penyanyi itu menjadi terkenal pada tahun 2009 kerana video muzik yang dihasilkannya dimuat naik di YouTube. Sebanyak 15 juta album Bieber telah dijual. – Agensi

No comments:

Post a Comment