NEW YORK - Penyanyi terkenal, Taylor Swift menduduki No.1 dalam
senarai majalah dalam talian Forbes.com bagi kategori selebriti yang
memperoleh pendapatan tertinggi di bawah umur 30 tahun.
Menurut Forbes kelmarin, Swift, 22, memperoleh pendapatan sebanyak
AS$57 juta (RM181.4 juta) mengenepikan bintang remaja terkenal, Justin
Bieber yang berada di tangga kedua.
Bieber, 18, yang menerima pendapatan kira-kira AS$55 juta (RM175.1
juta) merupakan selebriti lelaki tunggal yang memperoleh pendapatan
tertinggi dalam lima kedudukan teratas.
Penyanyi sensasi Rihanna pula menduduki tangga ketiga dengan
pendapatan AS$53 juta (RM168.7 juta) diikuti Lady Gaga dan Katy Perry.
Sementara itu, aktres Kristen Stewart menduduki tangga ketujuh dengan anggaran pendapatan AS$34.5 juta (RM109.8 juta).
Aktor Robert Pattinson berada di tempat ke-10 apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$26.5 juta (RM84.3 juta). - Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment