NEW YORK - Selama 13 tahun, seorang lelaki yang bertubuh sasa,
memakai topi dan but koboi bermain gitar dalam keadaan separuh bogel
semasa menyanyi untuk mencari 'makan' di Times Square di sini.
Lelaki itu, Robert Burck memperoleh pendapatan AS$1,000 (RM3,106) sehari dan ramai wanita merakamkan gambar dengannya.
Burck, 41, amat dikenali dalam kalangan pelancong di bandar raya ini.
Dia memakai seluar dalam semasa membuat persembahan.
Bagaimanapun, dia kini berdepan saingan daripada seorang lagi lelaki
yang memakai seluar dalam ketat dan menggelarkan dirinya sebagai 'Indian
bogel'.
Lelaki Indian itu menggelarkan dirinya sebagai raja baharu di Times Square.
"Terdapat daya tahan lebih lama, lebih bertenaga dalam diri saya," kata lelaki Indian itu yang enggan memberikan nama penuhnya.
Namun, dia dilaporkan bernama Adam David.
"Koboi itu, kakinya kelihatan lemah. Kedudukannya kini semakin terancam," katanya.
Kedua-dua mereka membuat persembahan dalam jarak yang dekat.
Lelaki Indian yang memakai topi tradisi yang mengandungi pelepah
haiwan itu berkulit lebih gelap dan muncul di Times Square pada bulan
lalu.
Menurutnya, dia yang bertubuh lebih sasa daripada 'koboi bogel'
memperoleh pendapatan antara AS$200 (RM621.36) hingga AS$500 (RM1,553)
sehari.
Dia muncul dengan gendang dan berteriak dalam bahasa Indian.
Burck menggunakan ancaman akan mengambil tindakan undang-undang untuk
memaksa lelaki Indian itu tidak menggunakan logo 'Indian bogel' pada
seluar dalamnya.
Menurutnya, penggunaan itu melanggar identitinya sebagai 'koboi bogel'.
'Koboi bogel' itu telah membina empayar perniagaannya sendiri sejak
beberapa tahun lalu termasuk penjualan baju-T, but koboi dan seluar
dalam yang boleh diperoleh di laman www.nakedcowboy.com. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment