PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Bilangan wanita di Parlimen
seluruh dunia adalah kecil dan membimbangkan, menurut laporan sebuah
pertubuhan Parlimen global kelmarin.
Dalam laporan bertajuk Women in Parliament 2011, Kesatuan Antara
Parlimen menyatakan, cuma 21.8 peratus kerusi Parlimen di seluruh dunia
diduduki oleh wanita pada tahun lalu, sama seperti tahun sebelumnya.
"Kesungguhan politik dan pelaksanaan langkah-langkah spesifik perlu
ada bagi memecah kebuntuan penyertaan wanita dalam politik," kata
kesatuan berkenaan dan unit kesaksamaan gender PBB dalam satu kenyataan
bersama.
Menurut kenyataan sama, masalah berkenaan disebabkan kurang bilangan wanita yang bertanding dalam pilihan raya. - Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment