CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Pasukan penyelamat memulakan operasi
mencari mangsa semalam selepas beberapa siri puting beliung melanda
tengah AS dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh,
manakala sebuah bandar musnah.
Trak dan pokok dihumban seperti alat permainan apabila puting beliung membadai lima buah negeri di AS kelmarin.
Beberapa pegawai memberitahu, angka kematian di negeri Indiana mencecah 13 orang kelmarin.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Awam Kentucky pula mengesahkan 12
orang terbunuh akibat bencana puting beliung di negeri berkenaan setakat
ini.
Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kentucky, sebanyak 13 puting beliung melalui negeri itu kelmarin.
Dua lagi kematian dilaporkan oleh pihak berkuasa di negeri jiran, Ohio.
Bandar Marysville yang terletak sekitar 65 kilometer dari Louisville, Kentucky musnah sama sekali dalam bencana berkenaan. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment