KATIE dan Cruise menyaksikan perlawanan bola
keranjang di Los Angeles pada 2010. Banyak cerita dalaman pasangan
berkenaan mula terbongkar sejak Katie mengumumkan perpisahannya pada
akhir bulan lalu.
NEW YORK: Di sebalik paparan rumah tangga yang bahagia di media,
rupa-rupanya Katie Holmes hidup dalam suasana serba tertekan apabila
suaminya, Tom Cruise, mengenakan pelbagai syarat ketat.
Semalam, beberapa media mula menerbitkan beberapa maklumat dalaman mengenai keluarga selebriti itu.
Ada
antara media itu mendakwa Katie dikawal Cruise seperti sebuah robot,
manakala akhbar lain mendedahkan, hero filem Mission Impossible itu
banyak campur tangan dalam aktiviti seni isterinya. Akhbar di AS
melaporkan, Cruise melarang penerbit filem memaparkan gambar Katie
berkucupan dengan sebarang pelakon yang terbabit dalam produksi mereka.
Cruise, 50, juga digelar sebagai “tok dalang” dalam setiap tindakan
Katie sehingga akhirnya aktres terbabit berasa meluat dan bosan dengan
situasi itu.
Kemuncak kepada perasaan Katie itu, dia mengumumkan perpisahannya dan
memfailkan perceraian. Satu laman sesawang hiburan pula mendakwa,
Cruise mengarahkan pengeluar filem Thank You For Smoking yang
diterbitkan pada 2005 supaya memadamkan sebarang gambar promosi
menunjukkan Katie bercium dengan Aaron Eckhart.
Ketika itu, kata sumber, Katie dan Cruise baru saja mula berpacaran.
Menurut
sumber, Cruise enggan membenarkan Katie, 33, menaiki penerbangan dengan
pelakon filem Batman Begins ketika produksi itu baru diterbitkan.
“Syarat
itu menyebabkan seorang lagi pelakon filem itu, Morgan Freeman,
menganggap tindakan Cruise sebagai memualkan,” katanya. Menurut sumber
itu, Cruise melayan Katie seolah-olah robot.
“Cruise membuat
setiap keputusan untuk Katie, sama ada dalam kerjaya atau dalam
kehidupan peribadinya,” katanya. Semalam, kemunculan terkini Katie
menguatkan lagi dakwaan itu apabila aktres terbabit kelihatan amat kurus
walaupun dia gembira melayan anaknya, Suri. Pasangan Cruise - Katie
dijangka bersemuka di mahkamah seminggu lagi untuk menentukan masa depan
Suri. - DM
Sunday, 8 July 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment