LOS ANGELES: Aktres seksi, Scarlett Johansson, bakal menjadi pelakon
yang diberi bayaran tertinggi bagi sebuah filem, mengatasi pemegang
rekod sebelum ini, Angelina Jolie.
Scarlett, 27, dijanjikan menerima bayaran £13 juta (RM63.9 juta) bagi menjayakan watak Black Widow dalam filem Avengers 2.
Angelina pernah dibayar £12.2 juta (RM59.9 juta) ketika dia menjayakan filem The Tourist pada 2010.
Menurut media, penerbit Avengers 2 mahukan Scarlett membintangi filem
berkenaan selepas Avengers Assemble menjana pulangan £936 juta (RM4.6
bilion) dan menjadi filem ketiga paling banyak membuat kutipan dalam
sejarah.
Sumber berkata, Scarlett kini menjadi bintang paling
popular di Hollywood dan kemunculannya dalam Avengers 2 menjadi satu
kemestian. “Penerbit filem berpendapat, sebagai satu-satunya wanita
memegang watak utama dalam filem itu, penonton lelaki menemui apa yang
mereka inginkan - tarikan cerita dan seks.
“Scarlett juga
disenangi pengkritik,” katanya. Menurut sumber, semua pihak yakin
Scarlett akan menandatangani kontrak penerbitan Avengers 2 yang akan
bermula pada tahun depan. - TS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment