JAKARTA: Seekor orang utan yang menjadi tarikan utama sebuah zoo di
Indonesia kerana gemar menghisap rokok akan dipaksa meninggalkan
ketagihan itu.
Penyelaras Pusat Perlindungan Orang Utan, Daniek Hendarto, berkata
pengunjung zoo mula melempar rokok yang siap dinyalakan ke kandang orang
utan betina itu ketika ia baru berusia lima tahun.
Disebabkan
amalan itu, orang utan bernama Tori - kini berusia 15 tahun- mula
ketagih menghisap rokok. Kata Daniek, pihaknya bekerjasama dengan
pengurusan untuk memindahkan Tori ke sebuah pulau terletak di tengah
tasik zoo berkenaan. “Dengan cara itu, Tori tidak lagi dapat bekalan
rokok daripada pengunjung,” katanya. Menurut Daniek, disebabkan orang
utan amat mudah meniru perbuatan manusia, ibu bapa Tori juga merokok.
Berita mengenai Tori tersebar pantas 10 tahun lalu, sekali gus mendorong
orang ramai mengunjungi Zoo Taru Jurug di Solo.
Kata Daniek, sementara menunggu kelulusan daripada pentadbiran zoo
terbabit, Tori kini ditempatkan di sebuah kandang khas dan menjalani
terapi untuk mengekang ketagihannya. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment