nuffnang

Translate


get this

Wednesday, 29 May 2013

Isu Rohingya: Akhirnya Suu Kyi bersuara

YANGON - Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung Suu Kyi mengutuk sekeras-kerasnya dasar negara itu yang mengehadkan bilangan anak yang boleh dimiliki setiap keluarga Rohingya hanya kepada dua orang sahaja seperti yang diumumkan semalam.

Pengharaman itu sebenarnya mula dilaksana pada tahun 1994 tetapi menurut pegawai kerajaan, ia baru saja dikuatkuasakan dalam kawasan yang mempunyai kadar kelahiran tinggi di kawasan yang bergolak akibat ketegangan etnik melibatkan Islam dan Buddha.

Sebuah suruhanjaya turut ditubuhkan bagi menyiasat punca keganasan dan mencadangkan penggunaan pendidikan perancangan keluarga bagi menangani pertumbuhan pesat umat Islam.

Suu Kyi tidak mengesahkan lagi sama ada undang-undang ini benar-benar dilaksanakan atau tidak tetapi bertegas jika benar ia dikuatkuasakan, ianya jelas salah di sisi undang-undang.

“Jelas berlaku diskriminasi dan ia juga tidak selaras dengan hak asasi manusia,” kata Suu Kyi.

Konflik ini semakin meruncing sehingga membawa kepada pertempuran di antara kedua-dua etnik itu bermula tahun lalu.

Sebelum ini, sebagai pemenang hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi pernah dikritik kerana enggan bercakap mengenai nasib masyarakat Rohingya di negara itu.

Berikutan konflik perkauman yang berpanjangan itu, menyebabkan berpuluh-puluh ribu umat Islam Rohingya terpaksa tinggal di kem sementara.

Masyarakat Rohingya ini mempunyai lebih 800,000 orang tinggal di negara itu tetapi kerajaan tidak mahu mengiktiraf mereka sebagai warganegara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menggambarkan mereka sebagai kumpulan minoriti Islam di barat Myanmar dan merupakan kaum minoriti yang paling teraniaya di dunia.

No comments:

Post a Comment