MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Sanjay Dutt, semalam, diarah kembali
ke penjara bagi menjalani hukuman penjara selama tiga tahun setengah
melibatkan jenayah senjata haram dalam kes berkaitan letupan bom di
Mumbai, 20 tahun lalu.
Memetik laporan AFP, Dutt, 53, perlu menyerah diri susulan Mahkamah
Tinggi India menyingkir satu alasan dikemukakan peguamnya, beberapa hari
lalu.
Dalam kertas pertuduhan, Dutt dituduh terlibat dalam penggunaan senjata
haram pada 2006, melalui kumpulan samseng atau dalang serangan bom yang
mengorbankan 257 orang pada 1993.
Bagaimanapun, Dutt dibebaskan dengan jaminan selepas menjalani hukuman penjara 18 bulan.
Sunday, 19 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment