Seorang penggodam komputer terkenal yang berjaya
membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai, Barnaby
Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco seminggu sebelum
dia dijadual menyampaikan ceramah pada satu persidangan penggodaman
komputer.
Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan pihaknya
sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.
Jack, 35, yang dilahirkan di New Zealand merupakan penggodam 'white
hat' paling popular. Penggodam 'white hat' ialah mereka yang menggunakan
kepakaran untuk mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum
penjenayah mengekspoitasinya.
Kepakaran Jack adalah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang
pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.
Jack dijadual membuat demonstrasi menggodam alat perentak dan
defibrilator jantung pada persidangan penggodam Black Hat di Last Vegas
Khamis depan.
Dia menjadi penggodam paling popular di dunia selepas melakukan
demonstrasi Jackpotting pada tahun 2010 yang membuatkan mesin wang ATM
mengeluarkan wang tunai. Klip video persembahannya telah ditonton
sebanyak 2.6 juta kali di laman YouTube. - Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment