LAGOS, Nigeria - Kementerian Penerangan Nigeria menyatakan bahawa
pihaknya telah berjaya mematahkan satu serangan siber di laman web
pemerintah negara tersebut yang dilakukan oleh beberapa aktivis hak
asasi gay.
Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar
kementerian tersebut, Joseph Mutah dipetik berkata, pada malam Khamis
lalu laman web www.nigeria.gov.ng telah digodam oleh aktivis gay.
Kumpulan sama baru-baru ini dikatakan menyerang beberapa laman web
pemerintah Nigeria dalam usaha mereka untuk memperjuangkan hak asasi
kaum homoseksual.
Agensi berita tempatan melaporkan, terdapat satu pesanan di sebuah
laman web yang digodam memberi tempoh 72 jam kepada Presiden Goodluck
Jonathan supaya membatalkan undang-undang baharu yang akan memenjarakan
golongan homoseksual.
Kumpulan penggodam tersebut turut mengugut untuk mendedahkan maklumat
sensitif bermula dengan pendedahan beberapa bukti mengejutkan, tetapi
ia tidak berkaitan dengan rasuah.
Mutah menyifatkan ia sebagai satu tindakan jenayah yang cuba memeras
ugut negara. Beliau menegaskan bahawa rakyat Nigeria menentang
perlaksanaan hak-hak golongan gay. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment