KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan
dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian
Kewangan dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut kenyataan itu, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar
lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat,
maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula, mereka boleh mendaftar secara dalam talian
atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara
percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan
pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan
Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui
laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment