SYDNEY - Australia tidak akan menghentikan kegiatan mengintip Indonesia
sebaliknya negara itu terus berusaha menjadi rakan kongsi yang
dipercayai.
Perdana Menteri Tony Abbott berkata, negaranya akan terus mengumpul
maklumat risikan mengenai negara pimpinan Presiden Susilo Bambang
Yudhoyono.
Ditanya sama ada Australia bersetuju berhenti mengumpul risikan mengenai Indonesia, Abbott menjawab: “Tidak “.
“Indonesia juga akan terus mengumpul risikan mengenai Australia.
Hubungan Indonesia dan Australia rapat. Kami adalah rakan kongsi
strategik. Saya mahu Australia menjadi rakan kongsi dipercayai Indonesia
dan sebaliknya,” katanya ketika temu bual di stesen radio Fairfax
menurut laporan AFP.
Kelmarin, Menteri Luar Australia Julie Bishop dan rakan sejawatnya
Marty Natalegawa bersetuju mewujudkan talian hotline untuk memulihkan
hubungan kepercayaan negara masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment