PUTRAJAYA: Seorang bekas konstabel polis terpaksa menghabiskan sisa 
hidupnya di dalam penjara selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di 
Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara sepanjang
 hayat dan 12 kali sebatan kerana mempamerkan pistol milik Polis Diraja 
Malaysia (PDRM) ketika merompak dua kedai telefon. 
  Hakim Datuk Wira Low Hop Bing yang mengetuai hakim tiga panel 
menolak rayuan Aeleh Wahab terhadap sabitan dan hukuman setelah 
mendapati rayuannya tidak bermerit.
  Dua hakim lain   bersidang bersama Hakim Low ialah hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
No comments:
Post a Comment