nuffnang

Translate


get this

Sunday 26 February 2012

Bertuahnya Fasha Sandha





BERTUAH betul jika cantik jelita. Setiap masa diberi perhatian dan dihadiahkan dengan barangan mewah. Begitu yang Diva dengar tentang pelakon cantik menawan, Fasha Sandha.

Teman Diva dapat berita yang Fasha dihadiahkan kereta mewah jenama BMW sempena hari kekasih yang jatuh pada 14 Februari lalu. Siapa lagi yang hadiahkan kalau bukan kekasih hatinya, Jejai. Duda anak satu tersebut didakwa memberikan kereta mewah dengan plat RFS iaitu gabungan nama mereka - Rizal dan Fasha Sandha sebagai hadiah hari kekasih.

Bertuah betul, agaknya apalah hantaran yang Fasha akan dapat sempena hari perkahwinan tidak lama lagi. Tentu lebih meriah dan mewah. Kata orang, memanglah cinta dan kasih sayang tidak dapat dinilai dengan harta benda tetapi kemewahan jadi tanda kasih. Tak gitu?

Diva nampak mereka berdua ini memang dalam fana cinta. Sering bertukar-tukar mesej di laman sosial Twitter tentang rindu dan sayang. Semoga berkekalan sebegitu sehingga ke anak cucu.
Diva: Dengarnya filem Adnan Sempit 2 bakal memecut angka juta-juta kalahkan rekod Adnan Sempit 1, tahniahlah!

No comments:

Post a Comment