nuffnang

Translate


get this

Monday 6 February 2012

Peta gesa boikot filem Liam Neeson

NEESON tidak bimbang makan daging serigala.
NEESON tidak bimbang makan daging serigala.
pix_topright

HOLLYWOOD: Aktivis hak asasi haiwan mahu filem terbaru Liam Neeson diboikot setelah aktor itu mendedahkan dia makan daging serigala sebagai persediaan melakonkan wataknya dalam filem itu.
Dalam filem “In The Grey,” Aktor Britain itu berlakon sebagai ketua kumpulan pekerja minyak yang diburu oleh sekawan serigala selepas selamat dari nahas kapal terbang di Artik.
Ketika penggambaran filem itu, pengarahnya mengesyorkan semua pelakon makan daging serigala “untuk menghayati watak” masing-masing.

Ada yang menolaknya tetapi Neeson, 59 mendedahkan dia “makan stew daging serigala itu.”
Anggota Rakyat Untuk Layanan Beretika Terhadap Haiwan (Peta) yang marah, berkata, “Pendirian belas ihsan kepada haiwan Neeson tidak sama dengan orang lain di seluruh dunia.”

Peta berkata, serigala bukan pemburu manusia dan haiwan itu biasanya tidak mahu dekat dengan manusia. Peta menggesa orang ramai, “Jangan dekat dan lari jauh dari The Grey.”

Kebanyakan babak dalam filem itu menggunakan kesan khas, tetapi Peta mendakwa pengarah filem itu, Joe Carnaham memesan bangkai serigala dari pemburu di mana haiwan itu menderita dengan “dahsyat” sebelum mati.

Jurucakap Peta, Jane Dollinger berkata, “Kebanyakan haiwan yang terperangkap akan menggigit kaki mereka sendiri untuk melepaskan diri.”

Katanya lagi, “Haiwan itu akan mati disebabkan gangren atau jangkitan kuman dan kadangkala mereka meninggalkan anak yang masih kecil.”

Serigala adalah haiwan bijak, berorientasi keluarga yang mempunyai satu pasangan seumur hidup mereka dan tinggal dalam satu kawanan, katanya.

“Memecahkan keluarga serigala akan menyebabkan haiwan itu kesunyian, mengalami rasa takut, tekanan dan sedih,” katanya.

Dalam sidang akhbar untuk mempromosikan filem “The Grey”, Neeson yang dilahirkan di Daerah Antrim, berkata, walaupun ada beberapa pelakon tidak sihat selepas memakan daging serigala, dia tidak sedikitpun rasa bimbang dengan pengalaman itu. - Daily Mail

No comments:

Post a Comment