nuffnang

Translate


get this

Sunday 5 February 2012

Shah Rukh Khan tampar suami Farah Khan



MERAIKAN kejayaan filem Agneepath, Sanjay Dutt mengadakan majlis kesyukuran yang turut dihadiri Shah Rukh Khan (SRK). Bagaimanapun, majlis itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila SRK didakwa menampar suami Farah Khan, Shirish Khunder.
Beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata, Shirish duduk bersembang dengan rakan-rakannya manakala SRK yang tiba lewat, berjalan di hadapannya.

Melihat kelibat SRK, Shirish mengikut ke mana saja SRK pergi. Tanpa menghiraukan perasaan SRK, Shrish mula memberi komen negatif mengenai pelakon itu dan menceritakan keburukan SRK kepada tetamu yang hadir.
SRK yang rimas dengan keadaan itu, menolak Shirish sehingga terjatuh di sofa. SRK memberi amaran agar menghentikan tingkah lakunya tetapi Shirish cuba melawan. Ketika itulah SRK yang hilang sabar, menampar mukanya.

Shirish mengakui terkejut dengan tindakan SRK kerana dia tidak tahu apa-apa sehingga SRK melenting dan menamparnya. “Saya tambah bingung apabila SRK bertanya, ‘Awak fikir awak siapa?’ Saya sangat sedih kerana ia berlaku pada malam kesyukuran meraikan kejayaan filem Agneepath,” katanya.

No comments:

Post a Comment