MANILA - Pihak berkuasa Filipina menangkap seorang pengasas kumpulan Abu Sayyaf, kata beberapa pegawai semalam.
Pengasas kumpulan itu, Ahmadsali Asmad Badron yang turut dikenali
sebagai Ammad atau Hamad Ustaz Idris ditangkap kelmarin di Pulau
Tawi-Tawi, selatan Filipina.
Ketua Penyiasatan Jenayah Wilayah, Edgar Danao berkata, Badron
merupakan antara pengasas kumpulan tersebut yang bersekutu dengan
Al-Qaeda.
Kumpulan itu ditubuhkan pada 1990-an dengan menggunakan wang dari
Ketua Al-Qaeda ketika itu, Osama bin Laden. Pengasas lain ialah Galib
Andang juga dikenali sebagai Komander Robot.
Galib pernah melakukan serbuan bersama para pengikutnya di sebuah
resort di Malaysia pada April 2000 dan menculik sejumlah pelancong
asing.
Penculikan itu telah mempopularkan kumpulan tersebut sehingga para
pegawai Libya menjadi orang tengah dalam rundingan untuk membebaskan
tebusan melibatkan pembayaran wang.
"Badron merupakan antara anggota (Abu Sayyaf) yang paling dipercayai
dan telah memperoleh berjuta-juta peso wang tebusan hasil operasi
mereka," kata Danao.
Semasa dalam pelarian, Badron didakwa membantu para militan dari kumpulan lain, Jemaah Islamiah.
Badron ditangkap semasa askar-askar pemerintah memburu satu unit lain Abu Sayyaf di Pulau Basilan.
Kumpulan Abu Sayyaf terkenal dengan aktiviti penculikan dan serangan ganas. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment