WASHINGTON - Satu pasangan Mississippi berasa terkejut kerana seorang
pastor di sebuah gereja menyatakan bahawa mereka tidak dapat berkahwin
kerana berkulit hitam.
Pastor itu, Stan Weatherford memberitahu, saluran televisyen ABC
kelmarin bahawa tiada upacara perkahwinan pasangan berkulit hitam di
gereja berkenaan di Crystal Springs, Mississippi sejak ia dibuka pada
1883.
Weatherford yang berkulit putih berkata, beliau menawarkan pasangan
tersebut berkahwin di gereja lain yang dikunjungi penduduk berkulit
hitam.
Beberapa penduduk terkejut dengan tindakan pastor tersebut. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment