SEORANG lelaki duduk di sebuah
kawasan yang tiada penonton pada permulaan pertandingan berenang di
Pusat Akuatik, London kelmarin.

KERUSI penonton kosong pada
perlawanan tenis wanita antara Caroline Wozniacki dari Denmark dengan
Anne Keothavong dari Britain di London kelmarin.
Setiausaha Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt menyatakan beliau berasa amat kecewa dengan sejumlah kerusi kosong tanpa penonton pada hari pertama sukan itu.
Menurutnya, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik London akan melakukan siasatan itu bagi mencari punca yang menyebabkan ketiadaan penonton yang ramai.
Imej-imej yang disiarkan di televisyen menunjukkan sejumlah besar kerusi di beberapa lokasi pertandingan tidak diduduki penonton.
Menteri Sukan Britain, Hugh Robertson berkata, beliau terkejut kerana penonton tidak memenuhi tempat duduk.
Kira-kira suku daripada 928,000 tiket gagal dijual pada Mei lalu termasuk untuk pertandingan bola tampar pantai dan tinju.
Namun, pada awal Jun lalu, sebanyak tujuh juta daripada 8.8 juta tiket telah dijual.
Sukan Olimpik London dibuka secara rasmi pada Jumaat lalu. - Reuters
No comments:
Post a Comment