nuffnang

Translate


get this

Saturday 3 March 2012

Beyonce menyusu anak di khalayak ramai



GAMBAR fail menunjukkan Beyonce bersama anak perempuannya, Blue Ivy.


NEW YORK - Penyanyi terkenal, Beyonce menyusukan anaknya, Blue Ivy semasa dia makan bersama suaminya, Jay-Z di sebuah restoran di sini, lapor laman majalah berita hiburan Us Weekly semalam.
Beyonce yang berusia 30 tahun menyusukan anak perempuannya yang berusia lapan bulan semasa mereka makan malam di restoran itu.
Menurut majalah itu, dua sumber mengesahkan bahawa penyanyi tersebut menyusukan anaknya.
Beberapa saksi berkata, penyanyi tersebut bagaimanapun kelihatan tidak sihat.
Menurut mereka, dia bersama suaminya berada selama 30 minit di dalam restoran itu baru-baru ini.
Beyonce melahirkan anaknya itu pada 7 Januari lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment