nuffnang

Translate


get this

Saturday 3 March 2012

Smash K-pop Indonesia


SMASH akan berada di Malaysia bermula 13 hingga 17 Mac ini.
 
KUMPULAN Smash yang berasal dari Indonesia dilengkapi oleh tujuh orang anak muda, Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi dan Bisma Karisma.
Membawakan genre pop, Smash yang cukup popular dengan lagu debut I Heart You, ditubuhkan pada 10 April 2010 itu dibayangi oleh kumpulan pop popular dari Korea Selatan kerana imej serta muzik mereka mirip dengan genre K-pop yang kini semakin popular.
Menjawab kepada persoalan itu ketika sesi temu bual yang diadakan menerusi video baru-baru ini, mereka tidak menafikan persamaan yang dimiliki dengan kumpulan K-pop dari Korea, bagaimanapun mereka menegaskan Smash mempunyai identiti tersendiri.
“Ya, mungkin imej lebih kurang sama kerana kami kumpulan yang menyanyikan lagu pop serta menari dan inspirasi kami juga daripada band popular seperti Super Junior, 2PM dan Michael Jackson dan ramai lagi.

SMASH dari kiri ikut putaran jam: Reza, Ilham, Bisma, Dicky, Morgan, Rangga dan Rafael (duduk).


“Namun itu tidak bermakna yang kami tidak mempunyai identiti sendiri, kami berasal dari Indonesia, menyanyi dalam bahasa Indonesia cuma rentak sahaja pop yang kebetulan menjadi trend masa kini,” ujar Morgan.
Smash juga tidak menafikan kewujudan mereka disebabkan demam K-pop yang melanda Asia.
“Memang benar ketika kami mula muncul, genre K-pop itu sangat popular, kami suka menari dan menyanyi. Apabila mendapat tawaran untuk berada di dalam Smash, kami semua tidak melepaskan peluang.
“Walaupun genre pop popular di luar tetapi hakikatnya di Indonesia sangat popular dengan band yang bermain alat muzik, jadi sukar untuk kami mendapat kepercayaan peminat pada mulanya.
“Tetapi kini, Alhamdulillah, album kami telah terjual sebanyak satu juta unit dalam tempoh enam bulan sahaja,” kata Ilham.
Smash yang kini tampil dengan lagu berjudul Ada Cinta akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 13 sehingga 17 Mac depan dan mereka akan mengadakan showcase pertama di ruang legar pusat membeli-belah Sungei Wang, Kuala Lumpur pada 17 Mac pada pukul 1.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment