Penyanyi dan komposer terkenal, Anang Hermansyah dan isteri yang juga
merupakan penyanyi, Ashanty telah merancang untuk berbulan madu di Mekah
sekaligus dapat menunaikan ibadah Umrah di sana.
"Anang memang mahu perkahwinan kali keduanya ini diberkati. Kerana dia
bukan sahaja berkahwin dengan Ashanty tetapi juga mengikat silaturahim
antara dua keluarga besar. Berbulan madu sekali dengan menunaikan Umrah
sememangnya menjadi keinginan Anang sebelum akad nikah lagi,"ujar
pengurus Anang, Yuni.
Mengikut perancangan, pasangan pengantin baru Anang dan Ashanty akan
berangkat ke Tanah Suci pada 26 Mei lalu dan kembali pada 1 Jun.
Anang dan Ashanty telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mei lalu dan
telah membuat majlis resepsi mereka di Hotel Shangri-La, Jakarta 20 Mei
lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment