nuffnang

Translate


get this

Saturday 12 May 2012

Ashanty tidak minta mas kahwin


JAKARTA: Penyanyi, Ashanty semalam berkata, dia tidak akan meminta mas kahwin daripada calon suaminya, Anang Hermansyah.
Menurutnya, dia tidak layak untuk meminta mas kahwin itu.

Ashanty dan Anang akan melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Al Bina, Senayan, hari ini.
Katanya, yang dipinta daripada Anang hanyalah menjadi suami yang baik untuknya.

“Mengenai mas kahwin, saya diajar oleh ibu supaya tidak boleh meminta daripada lelaki kerana dia akan menjadi imam saya. “Saya cuma berhajatkan sepersalinan kelengkapan untuk solat saja,” kata penyanyi itu ketika ditemui di kediamannya di Kompleks Bona Indah, Lebak Bulus, Jakarta Selatan, semalam.

Jika diberikan juga, Ashanty mahu menganggapnya sebagai hadiah daripada Anang dan tidak mahu yang terlalu mahal.

“Memang dia mahu memberi sesuatu, tapi saya mohon jangan sampai harganya di luar kemampuan Anang,” kata penyanyi itu. - DH

No comments:

Post a Comment